RSS

Belajar Google Sketchup - Tutorial Membuat Ecover Box

Demo Membuat Ecover 3D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembelajaran 3D di sekolah lebih seronok dengan Google Sketchup

Walaupun sudah masuk ke alaf baru, kita masih lagi mengekalkan cara pembelajaran tradisional
menggunakan papan hitam,menghafal nota dan sebagainya yang boleh dikatakan sangat membosankan.

Jika ada bantuan mengajar pun, hanya menggunakan glob bumi,bongkah- bongkah geometri dan model anatomi manusia (untuk Biologi).

Cara pembelajaran seperti ini secara tak langsung 'menafikan' kreativiti pelajar yang biasanya umur mereka dalam lingkungan 7-18 tahun mempunyai imaginasi yang sangat tinggi.

Sebab inilah ramai diantara mereka, pada usia ini lebih suka bermain video game 3D serta menonton filem 3D daripada membaca buku ulangkaji atau membuat 'homework'.

Mengapa kita tidak mengambil kesempatan ini,
menjadikan pendidikan untuk mereka lebih menyeronokkan?

Belajar secara 3D untuk pelajar sekolah, banyak kelebihannya. Antaranya:

1. Memotivasikan pelajar untuk belajar dengan lebih menyeronokkan
2. Memberi peluang kepada pelajar mengeluarkan idea kreatif mereka
3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan pantas dan mudah
4. Melatih pelajar untuk menjadi pencipta/ pereka
5. Pelajar belajar lebih natural dan berkesan
6. Meningkatkan minat terhadap pembelajaran mereka
7. Meningkatkan daya saing

KENAPA GUNA 3D GOOGLE SKETCHUP DAN GOOGLE EARTH UNTUK PENDIDIKAN?

1. Mesra pengguna, boleh digunakan oleh
pelajar dan tenaga pengajar
2. Mudah dan cepat untuk belajar
3. Boleh memuat turun hasil 3D sedia ada
sumbangan pengguna seluruh dunia dari
internet.
4. Melihat dunia secara 3D dengan Google
Earth dan merasai seperti dunia realiti
5. Menonjolkan pelbagai sudut pandangan
6. Model kelihatan seperti realiti
Boleh memasukkan hasil 3D ke dalam
dunia sebenar (Google Earth)dengan saiz
sebenar
7. Google Sketchup boleh membuat animasi
yang boleh digunakan untuk
pembentangan sesuatu subjek/ projek
8. Pelajar dan guru bebas untuk membuat
apa sahaja bentuk (modelling) terutama
untuk rujukan bahan ilmiah seperti
keratan rentas jantung, lapisan kulit dan
sebagainya.
9. Melibatkan pergerakan (motion) animasi
model dan pandangan kamera yang
menarik perhatian.

Sungguh banyak kelebihan jika kita melaksanakan pembelajaran secara 3D ini.


Tetapi sebelum itu, anda perlu mempelajari dan memahami penggunaan perisian ini. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.

-------->3DUntukSemua<----------

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Google Sketchup 3D - Tutorial 2

Tutorial pada kali ini akan mengajar anda bagaimana kita boleh memasukkan material atau bahan kepada struktur dinding dan bumbung rumah supaya kelihatan lebih realistik dan menarik

Bagi sebuah rumah sangat penting dipaparkan gambaran sebenar iaitu bahan binaan yang terdiri dari batu bata manakala bumbung pula terdiri dari atap genting.

Mari kita lihat tutorial kedua iaitu dalam siri belajar google sketchup

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3D GOOGLE SKETCHUP: Produk Google yang ramai orang tak tahu



Sebut saja Google, siapa tak kenal? Syarikat gergasi dalam bidang IT yang sangat berjaya. Kita kenal Google melalui enjin cariannya yang popular,google.com. Kita juga tahu Google mempunyai beberapa produk/program lain yang terkenal seperti Youtube, Blogspot, Gmail, Google Adsense dan lain- lain.

Tetapi apabila sebut saja 3D Google Sketchup, ramai yang tak tahu. Mungkin ada yang tahu, tapi mula berfikir untuk apa saya gunakan program tersebut ? Boleh buat duit ke ? Ada manfaat ke untuk saya ?

( Sila baca sampai habis pendedahan pertama kali di Malaysia ini)

PENGENALAN GOOGLE SKETCHUP
========================================
1. Google Sketchup adalah program 3D yang dibuat untuk digunakan oleh profesional seperti arkitek, jurutera, pembuat filem, pembuat game, grafik designer dan profesion yang berkaitan.

2. Google Sketchup mempunyai U.S. Patent 6,628,279 dalam penggunaan teknologinya, Push and Pull (Tekan dan Tarik) serta pernah memenangi beberapa anugerah perisian terbaik termasuklah Community Awards 2000.

3. Kunci kejayaan awal Google Sketchup adalah masa yang diperlukan untuk mempelajari Google SketchUp lebih singkat berbanding program 3D yang lain.

3D GOOGLE SKETCHUP UNTUK SIAPA?
========================================

3D Google Sketchup ini sesuai digunakan oleh pelbagai golongan terdiri daripada:

1. PROFESIONAL seperti Arkitek, Jurutera, Designer, Kontraktor
2. TENAGA PENGAJAR seperti guru sekolah, guru tuisyen.
3. PELAJAR sekolah Rendah dan Menengah serta Universiti
4. PEREKA CIPTA
5. IM
6. Usahawan dan ramai lagi..

APA YANG PROFESIONAL BUAT DENGAN GOOGLE SKETCHUP ?
========================================
1.Merekabentuk projek/ bangunan skala kecil dan besar dengan saiz sebenar bernilai jutaan ringgit

2. Membuat ilustrasi/ visual mengenai construction

3. Merancang/ mendapat gambaran projek sebelum dilaksanakan untuk mengurangkan kos/ mengelakkan kerugian

4. Untuk presentation kepada client

5. Menghasilkan visual seperti realiti

ANDA BUKAN DARI GOLONGAN PROFESIONAL, APA
YANG ANDA BOLEH BUAT DENGAN GOOGLE SKETCHUP ?
========================================
1. Membuat GRAFIK
Boleh menghasilkan grafik yang hebat. Anda boleh membuat apa sahaja design grafik secara 3D.
Boleh digunakan untuk menghasilkan design tshirt, design minisite, ecover 3D, icon, wallpaper, banner dan apa sahaja yang berkaitan dengan grafik design. Untuk jadikan grafik lebih hebat, boleh dimasukkan ke Adobe Photoshop atau Illustrator.

Ini secara tak langsung boleh meningkatkan jualan produk dengan grafik 3D mengagumkan yang menarik perhatian.

2. Membuat PEMBENTANGAN (PRESENTATION)
Apliksai animasi mudah yang terdapat dalam Google Sketchup ini boleh digunakan untuk membuat pembentangan projek, assignment, dan lain- lain yang berkaitan dengan visual 3D yang boleh membuatkan orang yang melihatnya rasa kagum!

3. MEREKA CIPTA produk
Boleh lakarkan idea dan mendapat gambaran dengan menghasilkan produk dengan ukuran sebenar yang boleh dikomersialkan seperti menghasilkan perabot, struktur besi, modifikasi komponen kereta dan sebagainya.

4. Membuat HIASAN DALAMAN/ UBAHSUAI RUMAH/ KEDAI/ OFIS
Buat 3D rumah sendiri dan buat dekorasi rumah mengikut kreativiti seperti masukkan perabot, hiasan dinding, karpet dan sebagainya. Selepas mendapat gambaran, barulah keluarkan bajet untuk semua itu dan nikmatilah hasil kreativiti sendiri.Jangan risau kerana dengan perisian ini anda dapat membuat model 3D mengikut ukuran sebenar.

5. Membuat MODEL PAPERCARFT
Boleh menghasilkan seni lipatan kertas (papercraft) dengan 3D kemudian boleh diprintkan dan dibina.
Menghasilkan IDEA- IDEA KREATIF
Boleh buat apa sahaja bentk, idea mengikut kreativiti yang datang daripda imaginasi sendiri.

6. dan macam- macam lagi....


APAKAH KELEBIHAN MENGGUNAKAN GOOGLE SKETCHUP ?
========================================

1. Membuat 3D dengan grafik yang memukau
2. Mudah untuk mereka bentuk
3. Menjimatkan masa mereka bentuk
4. Menjimatkan wang (elakkan kesilapan sebelum
membuat produk sebenar)
5. Membuat inovasi/ mencipta produk- produk baru
6. Meningkatkan kreativiti/ idea
7. Membuat presentation dengan mudah dan dapat menarik perhatian orang seperti client/ pelajar
8. Menyelesaikan masalah ruang dengan mudah
9. Boleh BUAT DUIT banyak,sikit dengan design.

Wah! Begitu banyak kegunaan perisian ini.Tak sangka semua orang boleh gunakannya.

Tetapi sebelum itu, anda perlu mempelajari dan memahami penggunaan perisian ini. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.
------------->>>Panduan Google Sketchup<<<-------------

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Google Sketchup 3D - Tutorial 1

Belajar Google Sketchup 3d dengan mudah dari video yang telah diupload oleh saya di laman video sharing youtube.

Tutorial pertama saya adalah bagaimana anda boleh membina model sebuah rumah menggunakan perisian google sketchup dengan mudah dan cepat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa itu Google Sketchup

Tahukah anda bahawa syarikat terkemuka Google telah memperkenalkan perisian percuma yang begitu berkuasa untuk membina objek 3D yang diberi nama Google Sketchup.

Sebenarnya software ini digunakan untuk tujuan membina objek bangunan untuk diletakkan dalam Google Earth akan tetapi selain dari itu ia juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya adalah membina model sebuah rumah, membina objek 3d seperti almari, kerusi, meja, kereta, komponen elektrik, elektronik, objek bangunan dan banyak lagi yang boleh digunakan dan dicipta dengan Google Sketchup ini.

Macama mana nak dapatkan perisian ini?. Mudah sahaja taipkan di google perkataan google sketchup.......akan keluar senarai laman web berkenaan google sketchup ataupun kalau malas sangat nak taip klik jer di link di bawah ini :-

---->>>Google Sketchup 8<<-----

Pastikan anda klik di rungan download Google Sketchup 8 untuk mendapatkan perisian percuma kemudian anda install perisian tadi ke dalam komputer anda sebelum mula menggunakannya.

Sebelum ini saya pernah menggunakan perisian Autocad dimana perisian ini lebih sukar kalau nak dibandingkan dengan perisian percuma Google Sketchup ini yang lebih mudah dan mesra pengguna.

Melihat kepada kelebihan perisian ini memang patut ramai yang belajar cara nak menggunakannya kerana ianya akan menjadikan kita lebih kreatif terutamanya kanak-kanak yang masih cerdas otaknya.

Selain itu ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya membina logo membuat tulisan 3D, membuat kabinet ,almari, rumah, tangga, dan banyak lagi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...